MATLAMAT ISLAM TIDAK SAMA DENGAN MARXISME DAN SOSIALISME (Siri 1)

Matlamat hidup seorang Muslim ialah beriman kepada Allah dan mencari keredoanNya yang membolehkannya masuk syurga Allah. Muslim yang tidak mempunyai matlamat ini bagaikan tiada kompas dalam kehidupan. 

Fahaman seperti komunisme, marxisme dan sosialisme merupakan fahaman yang tidak mempunyai misi kehidupan selepas mati seperti Islam. Matlamat kehidupan mereka ialah mendapatkan kesenangan dan kebahagiaan hidup di dunia ini sahaja.


Ada mereka cakna tentang dosa pahala, halal haram, syurga neraka? Tidak, kerana parameter mereka bukan al-Quran dan Hadis, tetapi ialah hanyalah keadilan, kesaksamaan, menentang kemiskinan dll berdasarkan kepada idea yang mereka fikirkan sahaja. Tiada dalam kamus perjuangan mereka untuk membawa hidayah Allah kepada manusia kerana tumpuan mereka adalah untuk kesejahteraan hidup di dunia sahaja. Cuba sebutkan tokoh pejuang komunisme, marxisme dan sosialisme yang memperjuangkan Islam dan mengajak beriman kepada Allah? 


Ya, apa yang mereka perjuangkan itu keadilan dan memerangi kemiskinan. Tidakkah semua itu ada di dalam al-Quran dan juga dibawa oleh Rasulullah? Ya, memang sama, namun itu tidak bermakna Islam dan marxisme dan sosialisme itu sama sepenuhnya. Terdapat perbezaan yang mendasar dari sudut pandangan tentang kehidupan dan juga perbezaan yang mendasar tentang jawapan terhadap tiga persoalan berikut "dari mana kita datang?, apa yang perlu dibuat?, ke mana sudahnya kehidupan ini?" 

Namun, mereka selalu mendakwa bahawa perjuangan sosialisme terdapat di dalam al-Quran dan Hadis, dan Rasulullah sendiri pun menggalakkan kegiatan ekonomi dan menghapuskan kemiskinan. Kita kata, Islam dan sosialisme itu tidak sama, walaupun ada yang serupa. Mungkin ini contoh yang agak ekstrim, tetapi ia boleh memudahkan kefahaman. Kalaulah beruk makan ais krim dan kita manusia pun makan aiskrim, adakah beruk itu manusia? TIDAK. 

Oleh sebab itu, tiada sosialis Islam atau komunis Islam, atau Islam sosialis atau Islam komunis. Islam itu adalah Islam. 
Kita sebagai seorang Islam perlu memperjuangkan Islam yang termasuk di dalamnya agenda keadilan, kesaksamaan dan keharmonian seperti mana yang diperjuangkan oleh isme2 yang lain. Sekiranya ada kelemahan di dalam perjuangan Islam, bukan salahkan Islam, tetapi orang Islam yang tidak melaksanakan tugas tersebut. 

Allah berfirman:
وَقَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةٌ۬ وَيَكُونَ ٱلدِّينُ لِلَّهِ‌ۖ فَإِنِ ٱنتَہَوۡاْ فَلَا عُدۡوَٲنَ إِلَّا عَلَى ٱلظَّـٰلِمِينَ

Yang bermaksud: Dan perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah (kerosakan dan kemaksiatan), dan agama Allah dapat ditegakkan. (al-Baqarah: 193)

Post a Comment

3 Comments

Hannah Md Shofi said…
terima kasih ustaz, di atas penjelasan yang sangat mengena. :)
Bicara ustaz bukan sabda said…
Apalah sakit kau ni. Apa kaitan Marxisme Sosialisme dengan akidah? Ia mazhab ekonomi dan sosial bukannya agama. Tak reti beza? Contohnya PAS menganut politik demokrasi, adakah demokrasi bertujuan hal-hal di akhirat? Ada demokrasi bercakap soal dosa pahala syurga neraka? Mohon ustaz belajar lebih lagi. Mungkin agama itu kepakaran ustaz tetapi ilmu di dunia ini luas lagi bukan sekadar hukum-hukum fikh.
MAZHAB EKONOMI DAN SOSIAL BUKANNYA AGAMA

Ada yang komen begini dalam blog:
Apalah sakit kau ni. Apa kaitan Marxisme Sosialisme dengan akidah? Ia mazhab ekonomi dan sosial bukannya agama. Tak reti beza? Contohnya PAS menganut politik demokrasi, adakah demokrasi bertujuan hal-hal di akhirat? Ada demokrasi bercakap soal dosa pahala syurga neraka? Mohon ustaz belajar lebih lagi. Mungkin agama itu kepakaran ustaz tetapi ilmu di dunia ini luas lagi bukan sekadar hukum-hukum fikh.

Jawapan
Setiap tindakan manusia tidak terlepas dari dosa dan pahala. Inilah yang dimaksudkan dengan agama iaitu suatu cara hidup yang mengikat segala tindakan manusia. Kalau anggap agama hanya sekadar aspek kelahiran, perkahwinan da kematian sahaja, maka amat sempitlah fahaman agama. Kalaulah hukum agama itu boleh pilih-pilih, maka ia bukanlah agama dari Allah, itu adalah agama manusia. Apa jua perkara yang kita ceburi biarlah ia membawa pahala dan membawa kepada keredoaan Allah.

Demokrasi barat ialah cara membuat keputusan bukan berlandaskan kepada syariat. Kita orang Islam bertanggungjawab untuk mengubah cara membuat keputusan ini kepada cara yang Allah suka. Berusaha untuk itu akan mendapat pahala. Pahala adalah urusan akhirat la.