Islam dan sosialisme TIDAK SAMA walaupun ada yang serupa

“Islam dan sosialisme ada titik persamaan dalam membawa keadilan sosial”, justeru, adakah kita boleh turut memperjuangkan sosialisme?

Memang ada titik persamaan antara Islam dan sosialisme tetapi itu bukan bermakna Islam dan sosialisme itu keseluruhannya sama. Itu tidak bermakna kita boleh menganut ideologi sosialisme berdasarkan bahawa Islam dan sosialisme adalah sama. Memanglah manusia dan beruk ada persamaan dari sudut makan pisang, tetapi kita tidak boleh mendakwa manusia itu sama je dengan beruk

Kalau Islam dan sosialis itu sama, apakah kita juga boleh menganut komunisme, sekularisme dan juga isme yang lain kerana semua isme itu juga mendakwa memperjuangkan hak dan keadilan kepada manusia.


Kenapa Islam dan sosialis tidak boleh disamakan dengan Islam?

Islam menyediakan suatu sistem hidup yang terkandung di dalamnya keadilan sosial. Sosialisme pula turut menyediakan dan memperjuangkan perkara yang sama tetapi matlamat kehidupan mereka berbeza dengan Islam. 

Islam mengajak manusia mentauhidkan Allah sebagai matlamat hidup. Manakala Sosialisme mengajak manusia beriman dengan keadilan sosial sebagai asas kebahagiaan hidup manusia. Dalam Islam, keadilan sosial hanyalah salah satu wasilah bagi mencapai matlamat akhir dalam kehidupan manusia. 

Kesimpulan - Matlamat Islam ialah mencari ketuhanan dan kehidupan di akhirat. Sebaliknya matlamat sosialis hanyalah dunia sahaja. 

Bolehkah bekerjasama dengan mereka?


Kita beramal dengan prinsip “bekerjsama dalam perkara yang boleh bekerjasama dan meninggalkan mereka dalam perkara yang kita tidak setuju”. Namun untuk menganut dan ikut pemikiran mereka, minta maaf banyak-banyak.

P/s- Ada pernah kome dengar seorang pejuang sosialis mengajak manusia beriman dengan Allah? 





Post a Comment

1 Comments

Miss Buzz said…
Salam ziarah dari sang musafir ^_^.
http://macam2kehidupan.blogspot.com/