Muzakarah Ilmiyyah Ulama/ Ustaz di Sepang

30 Mei 2010
Ahad Malam Isnin
9.30 malam
Dewan Masjid Bandar Baru Salak Tinggi

Topik perbincangan

Topik 1: Kesalahan amalan dan kepercayaan di dalam pengamalan Tarikat

Permasalahan: Terdapat beberapa ajaran sesat yang diwartakan oleh JAIS dan JAKIM terdiri daripada ajaran yang bermula dengan amalan kebatinan sedangkan pendekatan kesufian ini telah diamalkan oleh sebahagian para ulama silam. Kenapa perkara ini berlaku? Untuk menerangkan perkara yang dibolehkan di dalam amalan tarikat memerlukan kepada masa yang panjang. Maka untuk jangka masa yang singkat ini, tumpuan diberikan kepada kesalahan dan kesesatan amalan dan kepercayaan di dalam pengamalan Tarikat.

Dibentangkan oleh: Ustaz Nik Bakri Nik Mat

Topik 2: Merahsiakan keaiban wanita (seperti wanita yang pernah dirogol) atau memberitahu tentang halnya kepada bakal suaminya. Sila klik.
Masalahnya: Saidina Omar memarahi seorang sahabat yang mendedahkan aib saudara perempuannya apabila ingin dipinang oleh seorang lelaki.

Dibentangkan oleh: Ustaz Harme Aman Razali

Topik 3: Anak hasil daripada rogol. Sila klik.
Bolehkah anak anak itu ingin dibin kan kepada selain dari Abdullah?
Bolehkah anak itu digugurkan?
Kalau yang dirogol itu perempuan yang sudah berkahwin, kalau ia dirogol, dapat anak, anak itu nak dibinkan kepada siapa?

Dibentangkan oleh: Ustaz Harme Aman Razali

Para ustaz dan semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.


Post a Comment

1 Comments

Abuirfan said…
Antara perkara yang dibincangkan di dalam muzakarah.

Orang yang dakwa boleh tengok JIN itu bukan orang yang hebat, ((Kononnya mereka ini orang hebat, sampai boleh tengok jin)) tetapi orang itu ada penyakit.

Shatahat – terlepas kata atau tersasul – iaitu kata-kata yang keluar secara tak sengaja dari mulut orang sufi. Kadangkala kata-kata itu dilihat bagi orang awam bertentangan dengan akidah.

Kalau nak tau tariqat yang betul atau salah, maka ia perlu ada ijazah dan sanad yang betul. kalau tak de itu yang merapu dan boleh membawa kepada kesesatan.

Syariat ialah teori.
Tarikat ialah cara melaksanakan teori itu.
Hakikat ialah apa yang diperolehi daripada pelaksanaan kepada syariat dan tarikat.