Mengenali watak ahli masjid/surau (bahan usrah)

Salah satu daripada aspek penting di dalam dakwah ialah mengenali sasaran dakwah. Dengan demikian itu, kita dapat memahami mereka dan berbuat sesuatu untuk membuat pendekatan dakwah yang sesuai. Salah satu institusi yang dekat dengan dakwah ialah masjid/surau. Alangkah baiknya sekiranya kita dapat memahami orang yang berada di sekeliling kita di samping kita juga sibuk merancang program dan pendekatan yang sesuai dengan mereka.

Saya bukanlah ahli psikologi, tetapi berdasarkan kepada pemerhatian saya terhadap watak-watak ahli surau/masjid boleh disimpulkan kepada dua bahagian iaitu watak yang pasif dan watak yang aktif. Pembahagian ini ialah berdasarkan kepada orang selalu datang ke masjid/surau terdiri di kalangan mereka yang berjiwa taat, mahu menuruti perintah dan mudah diatur. Manakala orang yang jarang datang surau ialah mereka yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong.

Pertama : Watak yang berkecenderungan menjadi pengikut yang mahu mendengar kata dan perwatakan lembut.

Ketika di sekolah atau di zaman remaja, mereka lebih suka kepada aktiviti yang tidak lasak dan lebih suka menjadi pengikut serta tidak banyak kerenah. Mereka ini merupakan pelajar yang bersidiplin, kadang kala mereka ini di gelar dengan mat skima.

Mereka kelihatan lebih dependant ? dan kurang kreatif dalam berfikir ? Mungkin memerlukan kepada kajian yang mendalam dan lebih cermat.

Kesan
1. Kurang minat untuk bergaul dengan masyarakat
2. Tidak kreatif berfikir untuk dakwah
3. Berminat hanya menjadi pendengar yang taat tetapi tidak berfikir untuk memimpin
4. Kelompok ini ramai di masjid dan surau


Kedua: Watak yang proaktif dan bebas

Mereka kelihatan lebih independent dan mereka tidak suka menjadi pengikut dan tidak mahu di kongkong. Mereka rasa lebih berupaya dan mampu membuat keputusan sendiri yang lebih matang dan rasional.

Mereka lebih suka kepada aktiviti dan sukan yang lasak dan mencabar seperti bola sepak, ragbi, takraw dan sebagainya.

Mempunyai skill PR yang baik – mereka suka berborak dan berbual di kedai kopi, padang bola dll. Mungkin memerlukan kepada kajian yang mendalam dan lebih cermat.

Kesan
1. Mereka suka bergaul dan bersosial dengan rakan-rakan dan mempunyai skill PR yang baik.
2. Mereka jarang datang surau, tetapi sekiranya watak ini dapat dibentuk mereka akan jadi ahli masjid/surau yang aktif dan proaktif
3. Mereka boleh memimpin


Pembahagian watak ini berdasarkan kepada observation awal penulis terhadap gelagat manusia yang belum lagi disokong oleh mana-mana kajian yang comprehensive. Ia boleh dikemaskinikan lagi dengan sokongan mana-mana teori psikologi yang lain untuk lebih memahami sasaran dakwah di kalangan masyarakat Islam. Justeru, cadangan dan kritikan yang membina amat diperlukan.





Post a Comment

4 Comments

mohd azizul said…
salam...

bagus gak idea ni,...boleh dibuat tajuk thesis...hehe. kebetulan saya pun sedang mencari tajuk yang sesuai untuk buat thesis...

kalau saudara ada tajuk yang sesuai, boleh tolong rekemenkan untuk saya...jijo81@hotmail.com..

terima kasih..
Abuirfan said…
Nak carik tajuk tesis atau bincang tajuk ini, boleh la datang ofis.
Ibnu Othman said…
Cuma satu yg ana nak nasihatkan pada yg memang kaki masjid janganlah telampau over kalau org baru dtg nak jenguk2 masjid. Usah jeling penuh makna!!
Patutnya kalau hari2 datang Masjid kita anggaplah kita sebagai tuan rumah kalau ada yang jarang2 tu sebagai tetamu. Layanlah tetamu dengan sebaiknya, sambut dengan senyuman mesra agar tetamu tidak terasa hati.
Abuirfan said…
saya telah sarankan kepada ajk dan ahli surau dikariah saya agar mendekati mereka yang baru hadir atau baru kelihatan di surau. agar mereka terasa kehadiran mereka itu dihargai dan ada orang yang layan mereka. jgan biarkan mereka keseorangan.

Kadangkala mereka yg baru berjinak ini balik awal. lepas salam je, terus cabut. maka tugas ajk/ahli surau perlu kejar mereka. ha ha cam ne tuh.

DAKWAH BUKAN KERJA PAK IMAM SAJA.