Manusia dijadikan daripada air yang hina?

Terdapat 2 tempat di dalam al-Quran, Allah menyebut bahawa manusia diciptakan daripada air yang hina iaitu dalam Surah al-Mursalat (20) dan Surah al-Sajdah (8). Kehinaan yang terdapat pada air tersebut ialah disebabkan:

1 – Perlakuan seks antara suami isteri merupakan perkara yang terlalu peribadi untuk dikongsikan pengalaman itu dengan orang lain. Kenapa perlakuan yang menjadi fitrah kepada manusia itu hanya merupakan perkara yang rahsia antara suami isteri. Kenapa begitu, sedangkan kelahiran anak yang terhasil daripada perlakukan seks tersebut begitu dihebahkan dan disambut sehingga digalakkan untuk melakukan ibadah akikah. Justeru, tidakkah benar bahawa manusia diciptakan daripada air yang hina.



2 – Air mani keluar daripada kemaluan hadapan manusia. Menjadi fitrah kepada manusia untuk menutup kemaluannya sehingga orang yang hidup secara primitif pun masih menutup walaupun hanya kemaluannya sahaja. Penciptaan manusia daripada air mani ini, dikeluarkan daripada kemaluan manusia yang secara fitrahnya manusia segan dan malu untuk menunjukkannya kepada manusia.

3 – Kejadian manusia terbentuk hasil daripada air mani yang sedikit dan berbau busuk serta keluar daripada lubang yang sama dengan air kencing. Berapakah nilaian air yang tidak sampai pun suku liter itu, tetapi daripada itulah, manusia itu membesar sedikit demi sedikit menjadi bayi, kanak-kanak, dewasa dan tua.

Benarlah firman Allah dalam Surah Yaasin (77) yang bermaksud ”Tidakkah manusia itu berfikir bahawa kami jadikan mereka itu daripada nutfah (air mani), tiba-tiba mereka menjadi penentang besar kepada Allah.

Post a Comment

2 Comments

Mike Gugu said…
saya tak paham pasal yang pertama tu saudara faisal. ''Kenapa begitu, sedangkan kelahiran anak yang terhasil daripada perlakukan seks tersebut begitu dihebahkan dan disambut sehingga digalakkan untuk melakukan ibadah akikah. ''
Abuirfan said…
Dihebahkan kelahiran anak, bukan dihebahkan perlakuan seks dengan isteri.